Skip to content

IzzatAziz

dan isi blognya

Nama aku Mohd Izzat Abdul Aziz dan selalu dikenali sebagai Izzat Aziz nama domain pun sama.  Sekarang ni aku masih belajar kat Universiti Teknologi PETRONAS dalam bidang teknologi informasi dan komunikasi, merupakan blogger tegar dan pengemar twitter dan facebook.

Agak lama lah berkecimpung dalam dunia blogging walaupun masih tak menjadi jutawan blogger tapi rasa dah banyak ilmu yang telah dibelajar dan boleh dikongsi dengan pembaca semua.  Sifat aku dalam blogging ni aku suka enjoy blogging, dimana aku lebih prefer kalau kita suka-suka dalam blogging tapi content tetap mantap.

Goal aku dalam blogging ni aku nak mencapai tahap di mana aku dah menjadi blogger yang orang akan cari bila ingin mendapatkan tips dan teknik berblogging, kononya brand aku dah establishlah sebagai problogger.  Dan sudah tentu aku juga ingin jadikan blog ni sebagai sumber kewangan.

Pentingkan komuniti

Bagi aku dunia blogging ni bukan sekadar kita share apa kita tahu, tapi blogging juga merupakan platform untuk kita bina komuniti kita sendiri, sebab tu selain pentingkan blog aku juga pentingkan komuniti, aku ingin bina komuniti di sekeliling blog aku, kerana tu lah kalau korang rasa korang ada something untuk tanya aku, tips ke pendapat ke just contact aku guna –

email : izzataziz[at]ymail[dot]com / izzat.abdaziz[at]gmail[dot]com

gtalk : izzat.abdaziz[at]gmail[dot]com

korang boleh contact bila-bila masa saja korang suka dan kalau aku available untuk balas, aku akan balas.

Perihal blog

Untuk blog ni aku ingin tekankan beberapa aspect iaitu berinformasi, terbuka dan seronok.

Informasi – aku akan cuba sedaya upaya aku untuk memastikan setiap post dalam blog ni merupakan post yang berinformasi dan berguna kepada korang semua.

Terbuka – untuk blog ni aku open kepada sesapa pun yang ingin komen dan apa jua pandangan yang korang nak bagi aku terima, dan kalau nak kritik tentang blog ni pun aku akan terima, terbuka baru cool.

Seronok – bagi seronok plak, aku tak nak jadikan blog ni blog yang serious, tapi sebaliknya aku nak jadi blog ni seronok untuk dilawat dan dibaca.

Harapan aku

Aku berharap sangat-sangat kalau korang boleh datang ke blog aku setiap hari dan share pendapat korang tentang sesuatu topik agak blog ni menjadi lagi berkembang dan lagi banyak ilmu yang boleh di ambil oleh blogger lain.

Aku juga harap korang boleh subscribe ke feed blog ni guna feedreader ataupun apa yang korang suka, boleh klik feed untuk full feed dan juga subscribe untuk subscribe guna email.

Kalau korang perlukan guest author untuk blog korang aku sudi je terima, baca detailnya kat – guest author.

Advertisements

%d bloggers like this: